Judul Buku : AL-MA'RIFAH (PELBAGAI ASPEK TASAWUF DI NUSANTARA) Jilid 1 & 2

Kandungan Jilid 1: Perbicaraan buku ini dimulakan dengan sejarah tersebarnya tasawuf dan tokoh-tokohnya. Turut dibicarakan kemunculan pujangga dan penulisan tasawuf. Antara pemikiran ahli-ahli sufi yang terkenal di Alam Melayu / Nusantara yang dibicarakan dalam jilid 1 ini adalah Syeikh Hamzah Fansuri, Syeikh Syamsuddin Al-Sumatra-i, Syeikh Nuruddin Ar-Raniri, Qadhi Nashiruddin Johor dan Syeikh 'Abdut Takrim berserta karya penulisan mereka yang lengkap. 
Ukuran : 22.5 x 14.5 cm
Halaman : 239 M/S
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kandungan Jilid 2: Perbicaraan jilid kedua ini terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama dimulakan dengan kecemerlangan tasawuf zaman kebesaran Acheh, berdasarkan kitab Tuhfatul Mursalah dan perbicaraan mengenai Martabat Tujuh. Antara tokoh ulama Sufi yang dibicarakan dalam bahagian pertama ini ialah Syeikh 'Abdur Rauf bin 'Ali al-Fansuri, Megat Sati ibnu Amir Sulaiman al-Asyi (Murid Syeikh Nuruddin ar-Raniri), Syeikh Burhanuddin Ulakkan (Murid Syeikh 'Abdur Rauf al-Fansuri), Syeikh 'Abdul Muhyi Pamijahan (Murid Syeikh 'Abdur Rauf al-Fansuri), Syeikh Yusuf Tajul Khalwati al-Mankatsi (Shufi Mujahid fi Sabilillah). 
Pada bahagian kedua untuk jilid kedua ini pula dibicarakan penyebaran tasawuf di Terengganu, Patani dan Acheh. Antara tokoh-tokoh yang dibicarakan adalah Syeikh 'Abdul Malik Terengganu, Syeikh 'Abdur Rahman bin 'Abdul Mubin Pauh Bok al-Fathani, Syarif 'Alwi bin Saiyid Abu Bakar, dan Syeikh Faqih Jalaluddin al-Asyi.
Ukuran : 22.5 x 14.5 cm
Halaman : 255 M/S

*******************************************************