KHAZANAH FATHANIYAH

PENGUMUMAN

"Blog ini masih dalam proses pengemaskinian, oleh itu masih banyak buku-buku yang belum dapat diberi sinopsis sepenuhnya. InsyaAllah ianya akan dilaksanakan secara peringkat demi peringkat. Untuk memudahkan pencarian buku-buku, hanya klik senarai-senarai yang disediakan di sebelah tepi blog ini, berbanding menggunakan melalui arkib blog. Harap maklum."


*******************************************************

Judul Buku : HADIQATUL AZHAR WAR RAYAHIN - ASAS TEORI TAKMILAH SASTERA MELAYU-ISLAM (Jilid 1)

Kandungan : Membicarakan pengenalan kitab Hadiqatul Azhar war Rayahin dan Badr at-Tamam, transliterasi lengkap kedua-dua karya Syeikh Ahmad al-Fathani. Antara yang terkandung dalam jilid 1 ini - kelebihan Basmalah, Hamdalah, Selawat, ilmu pengetahuan, pemikiran pendidikan ke arah kemajuan pelbagai bidang dunia Melayu, pemikiran ilmu Sejarah, tentang Patani dan Melayu, kedatangan Islam dan penjajah barat di Alam Melayu, tantang Qalam, ilmu Bahasa, ilmu Persuratan, ilmu Politik, ilmu Perubatan, ilmu Tauhid, Fiqh, Usul Fiqh, dan Tasawuf. 
Pada bahagian kedua membicarakan sirah Nabi Muhammad S.A.W, Siti Fatimah, Saiyidina Hasan dan Saiyidina Husein dan seterusnya dilanjutkan dengan sejarah khulafa' ar-Rasyidin. Dilengkapi dengan glosari.
Karya ini adalah sangat penting untuk kajian awal pemikiran tentang Islam, Melayu, sastera, bahasa, budaya, dan lain-lain di Alam Melayu. 
Keterangan : Transliterasi adalah merupakan gabungan dari manuskrip dan pelbagai edisi cetakan.
Ukuran/Tebal : 22.5 x 14.5 cm
Halaman : 541 M/S

*******************************************************