Judul Buku : SYEIKH AHMAD AL-FATHANI - PEMIKIR AGUNG MELAYU DAN ISLAM (Jilid 1 & 2)

Kandungan Jilid 1: Buku ini membicarakan sejarah biografi ulama terkenal di Alam Melayu, Syeikh Ahmad al-Fathani. Jilid satu ini mengandungi empat bahagian, bahagian pertamanya membicarakan biografi beliau yang meliputi asal-usul, kelahiran, guru-gurunya di Makkah dan di Madinah, gelaran-gelaran yang diberikan kepada beliau, serta karya-karyanya. 
Bahagian kedua pula mengenai pemikiran beliau tentang Melayu, meliputi pemikiran beliau tentang pendidikan dan pelbagai kemajuan di dunia Melayu, ilmu-ilmu dalam penulisan, pemikiran mengenai Fathani Darussalam, pemikiran Bahasa Melayu, dan pemikiran tentang bahasa dan persuratan Melayu.
Bahagian ketiga pula dilampirkan syair-syair Syeikh Ahmad al-Fathani yang dikumpul dan disalin oleh Tuan Guru Haji Mahmud bin Yusuf Al-Juani, dan seterusnya bahagian terakhir pula ditampilkan syair-syair Syeikh Ahmad al-Fathani pada kitab-kitab yang ditashhih.
Ukuran : 22.5 x 14.5 cm
Halaman : 264 M/S

Kandungan Jilid 2 : Jilid kedua ini pula mengandungi tiga bahagian, bahagian pertamanya membicarakan Syeikh Ahmad al-Fathani dalam pelbagai cabang ilmu, seperti syarah puisi, filolog Melayu, media cetak, percetakan, organisasi dan politik, falsafah, sains dan teknologi, hisab, perubatan dan lain-lain lagi. 
Bahagian kedua pula membicarakan beliau dan ilmu-ilmu al-Quran, dan pada bahagian seterusnya pula adalah mengenai Syeikh Ahmad al-Fathani dengan ilmu-ilmu Hadith.
Ukuran : 22.5 x 14.5 cm
Halaman : 271 M/S
*******************************************************