KHAZANAH FATHANIYAH

PENGUMUMAN

"Blog ini masih dalam proses pengemaskinian, oleh itu masih banyak buku-buku yang belum dapat diberi sinopsis sepenuhnya. InsyaAllah ianya akan dilaksanakan secara peringkat demi peringkat. Untuk memudahkan pencarian buku-buku, hanya klik senarai-senarai yang disediakan di sebelah tepi blog ini, berbanding menggunakan melalui arkib blog. Harap maklum."


*******************************************************

Judul Buku : SYEIKH DAUD BIN ABDULLAH AL-FATANI - ULAMA' DAN PENGARANG TERULUNG ASIA TENGGARA

Kandungan : Membicarakan biografi sejarah ulama dan pengarang yang begitu terkenal di
Alam Melayu, Syeikh Daud al-Fathani. Di dalamnya terkandung beberapa bahagian, bahagian permulaannya mengenai asal-usul, pertalian nasab dan keluarga, kelahiran, guru-guru beliau, murid-murid dan kisah-kisah keramat tentang beliau.
Pada bahagian kedua pula menampilkan karya-karya beliau, serta pemikiran-pemikiran beliau dalam beberapa cabang ilmu seperti Fiqh, Usuluddin, Tasawuf, Hadith, Akhlak dan politik. Dan bahagian seterusnya pula membicarakan ketokohan Syeikh Daud al-Fathani sebagai penyiar Thariqat Syathariyah. Selain itu turut dibicarakan pada bahagian yang sama adalah nama-nama kalimah Nafi dan Istbat, dan wirid-wirid dan doa-doa yang diamalkan. Penutupnya pula dibicarakan ulama-ulama yang diperkenalkan Syeikh Daud al-Fathani dalam karya-karya beliau.
Ukuran : 22.5 x 14.5 cm
Halaman : 174 M/S
*******************************************************