KHAZANAH FATHANIYAH

PENGUMUMAN

"Blog ini masih dalam proses pengemaskinian, oleh itu masih banyak buku-buku yang belum dapat diberi sinopsis sepenuhnya. InsyaAllah ianya akan dilaksanakan secara peringkat demi peringkat. Untuk memudahkan pencarian buku-buku, hanya klik senarai-senarai yang disediakan di sebelah tepi blog ini, berbanding menggunakan melalui arkib blog. Harap maklum."


*******************************************************

KOLEKSI KISAH / SIRAH

  
Judul : SIRAH SAHABAT
Kandungan : Perjalanan hidup tokoh-tokoh besar selalu saja menarik perhatian untuk dibaca dan dikaji. Banyak pengajaran berharga yang boleh kita perolehi darinya, apalagi tokoh-tokoh itu adalah para sahabat Rasulullah SAW. Dalam buku ini menampilkan 10 kisah sahabat, yang menjadi tambahan spirit dan motivasi, bahkan contoh amalan-amalan yang boleh dipraktikkan.
Halaman : 297 M/S

**********
Judul : KHALIFAH UMAR & BURUNG PIPIT 

Kandungan : Siapa yang tidak kenal Khalifah Umar bin Khattab. Beliau adalah salah seorang sahabat mulia yang mendapat sebutan 'al-Faruq'. Kontribusinya terhadap dakwah Islam tidak dipertikaikan. Bahkan dakwah Nabi Muhammad SAW menjadi lebih terbuka setelah Umar bersyahadat. Sebelumnya Umar memasuki Islam, Nabi SAW pernah berdoa : "Ya Allah, muliakanlah Islam dengan masuknya salah satu dari dua Umar yang paling Engkau cintai, iaitu Amru ibnu Hisyam (Abu Jahal) atau Umar bin Khattab". Kisah Khalifah Umar dan Burung Pipit hanyalah sepenggal cerita yang menggambarkan keagungannya. Masih banyak kisah-kisah luar biasa yang terkandung dalam buku kecil ini.     
Halaman : 184 M/S

**********
TERDAPAT BANYAK LAGI BUKU-BUKU TERBITAN INDONESIA INI AKAN DITAMPILKAN, INSYAALLAH SINOPSISNYA AKAN DILAKUKAN SECARA BERPERINGKAT. UNTUK MENGETAHUI KESELURUHAN JUDUL-JUDULNYA, SILA KLIK DI SINI.



*******************************************************