KOLEKSI KITAB WAKAF

Khazanah Fathaniyah bukan hanya menjual buku / kitab, bahkan juga mewujudkan sistem wakaf kitab. Sistem ini dijalankan dengan cara seseorang individu / institusi membeli kitab-kitab yang disenaraikan untuk tujuan wakaf, dengan tujuan untuk diwakafkan ke tempat-tempat yang dipilih dan diuruskan oleh Khazanah Fathaniyah.  Pihak kami akan memastikan bahawa kitab tersebut diajarkan kepada penerimanya dan memastikan ianya sampai di tempat-tempat yang sepatutnya. Wakaf kitab ini diedarkan ke tempat-tempat yang mengadakan pengajian kitab-kitab tersebut, contohnya di masjid, surau, pondok pengajian, sekolah dan lain-lain tempat serata Nusantara. Hingga kini, pengedaran kitab-kitab wakaf tersebut telah diedarkan bukan sahaja di Malaysia, malah juga di Patani, Kemboja, dan Indonesia. Tujuan pengedaran kitab-kitab wakaf ini adalah untuk menyebarkan dan memperkenalkan kitab-kitab turath karya ulama Alam Melayu kepada masyarakat agar ianya tidak luput ditelan zaman . Di samping itu juga untuk memartabatkan kembali tulisan jawi di kalangan generasi kini.

Terdapat 5 buah kitab yang diterbitkan secara wakaf iaitu:
  • Munyatul Mushalli  karya Syeikh Daud al-Fathani (Solat) 
  • Faridatul Faraid karya Syeikh Ahmad al-Fathani (Tauhid)
  • 'Unwanul Falah karya Syeikh Ahmad al-Fathani (Fiqh)
  • Abniyatul Asma' wal  Af'al dan Risalatul Fathaniyah karya Syeikh Ahmad al-Fathani (Nahu Sharaf)
  • Tashilu Nailil Amani fi Syarhi 'Awamilil Jurjani karya Syeikh Ahmad al-Fathani (Nahu Sharaf) *
  • Risalah Nahu dan Sharaf (Kumpulan Nahu dan Sharaf dari pelbagai kitab, yang kebanyakan adalah karya Syeikh Ahmad al-Fathani)

Sekiranya Tuan-tuan /Puan-puan yang dihormati mahu mewakafkan kitab-kitab tersebut, boleh menghubungi kami di talian 03-61897231 (pejabat) , atau staf yang menguruskan bahagian tersebut, iaitu: 
  • Abdul  Halim Muhammed : 013-3564496
  • Azrul Basaruddin : 016-3520094
Sekiranya ada individu / institusi-institusi yang berkehendakkan kitab-kitab tersebut untuk belajar ataupun diajarkan, boleh menghubungi kami di talian 03-61897231 (pejabat), atau staf yang menguruskan bahagian tersebut, iaitu :
  • Azrul Basarudin : 016-3520094
  • Karamah : 013-2089345
* Tanda kehabisan stok, sama ada untuk mewakafkan atau diedarkan. InsyaAllah sekiranya diterbitkan semula, pihak kami akan memaklumkan dalam blog ini selanjutnya.

 
UNWANUL FALAH                            ABNIYATUL ASMA' & RISALATUL FATHANIYAH
  
FARIDATUL FARA'ID                      MUNYATUL MUSHALLI

KUMPULAN
Risalah Nahu dan Sharaf

*******************************************************