Promosi Bulan Sya'aban ~ KAD RAYA KHAZANAH FATHANIYAH~

Bersempena menyambut bulan Ramadhan dan Syawal yang bakal tiba dalam sebulan dua ini, kebiasaan kita akan mula menghantar kad-kad raya sebagai pengganti diri. Tradisi ini kini mungkin tidaklah serancak suatu ketika dulu, memandangkan terdapatnya alternatif lain yang lebih murah dan cepat sebagai pengganti diri. Namun tidak dapat disangkal juga bahawa kaedah pemberian kad raya ini masih mempunyai 'nilai'nya yang tersendiri, dan tetap menjadi pilihan, baik sebagai tanda ingatan, mahu pun sebagai mohon kemaafan.
Demi mengekalkan tradisi ini, juga selain dari menerbitkan bahan-bahan berbentuk buku, salah satu langkah KF untuk memperkenalkan sekaligus menyebarkan lagi dakwah perjuangan khazanah ulama silam alam Melayu ini adalah dengan menghasilkan kad raya. 
Penampilan kad raya yang dihasilkan adalah berbentuk foto-foto ulama dan tokoh alam Melayu, sama ada dari Malaysia mahupun negara seberang, dengan memuatkan gambar, nama lengkap berserta tahun lahir. Maka melalui kaedah sebegini, secara tak langsung penerima kad raya serba sedikit akan lebih mengenali ulama-ulama serta tokoh yang banyak berjasa dalam perkembangan ilmu di dunia Melayu ini khususnya, sehingga melahirkan ramai para ulama dan tokoh ilmuan hingga ke hari ini.
Bersempena itu, sukacita dimaklumkan bahawa sepanjang bulan Syaaban ini kami akan menjual sekeping kad raya dengan harga RM1 sahaja (Harga biasa = RM1.50). Namun harga tersebut hanya di KHAZANAH FATHANIYAH sahaja (pesanan melalui emel/ telefon/ datang terus ke lokasi KF), dan promosi ini tidak termasuk jualan di pengedar-pengedar kami. 
Meski Ramadhan dan Syawal yang dinanti berbulan lagi, promosi ini sengaja diawalkan, memandang bermulanya Ramadhan ini kami akan mula mengedarkan terbitan kad-kad raya ini ke kedai-kedai yang menjadi pengedar kami. 
Berikut adalah contoh kad raya terbitan KF, berserta kodnya:  
(Sekiranya berminat untuk memesan melalui emel, sila klik kaedahnya di sini).

KR-1
Tandatangan  Ulama & Tokoh Dunia Melayu (Hijau)


KR-2
Tandatangan  Ulama & Tokoh Dunia Melayu (Biru)


KR-3
Tokoh Ulama yang Syahid Fi Sabilillah


KR-4
Ulama-Ulama Fathani (Sepupu Syeikh Ahmad al-Fathani)


KR-5
Syeikhul Islam & Mufti Selangor


KR-6
Ulama & Tokoh Melaka


KR-7
Ulama & Tokoh Johor


KR-8
Ulama & Tokoh Kelantan 1


KR-9
Ulama & Tokoh Kelantan 2 (Mufti-mufti Kerajaan Kelantan)


KR-10
Ulama & Tokoh Kelantan yang Menjadi Mufti di Kalimantan Barat, Indonesia.


KR-11
Ulama & Tokoh Sarawak


KR-12
Ulama & Tokoh Minangkabau 1


KR-13
Ulama & Tokoh Minangkabau 2


KR-14
Ulama & Tokoh Sambas (Indonesia)


KR-15
Ulama & Tokoh Jawa


Contoh Ruangan Dalam Kad :


Sekian, Semoga ada manfaat dan diberkati-Nya.
Amin.