Lokasi Kedai Buku Khazanah Fathaniyah



Assalammu'alaikum Wrt. Wbt,

Alhamdulillah telah masuk 9 hari Ramadhan. Mengambil sempena bulan yang penuh barakah ini, sukacita dimaklumkan bahawa bermula bulan Julai ini, Khazanah Fathaniyah telah beroperasi di lokasi yang baharu, beralamat  seperti berikut:

No: 16-1, Jalan Setiawangsa 8, 
Taman Setiawangsa, 54200 KL.
(Atas KK Mart 24 Jam)
No. Tel : 03-4265 6444 / No. Faks: 03-4265 6446



InsyaAllah lokasi ini akan dibuka setiap hari (7 hari seminggu), bermula jam 10 pagi-5 petang (Untuk bulan puasa- Sabtu dan Ahad ditutup). Oleh itu, kedatangan Tuan-tuan dan Puan-puan adalah dialu-alukan, tanpa perlu membuat temujanji terlebih dahulu seperti mana sebelum ini. Namun, buat masa ini hanya buku-buku terbitan Khazanah Fathaniyah sahaja yang dapat diperolehi di kedai kami. Manakala buku-buku selain itu -meliputi kitab-kitab Jawi, buku berkaitan khazanah ulama dan manuskrip dan sebagainya yang berkaitan- masih di peringkat pesanan dan pengeposan.

Sekian, sebagai makluman. Moga usaha ini dipermudahkan dan diberkahi-Nya, Ameen.